Sunday, 2 October 2016

Ayat Yang Akan Membuatkan Dia ..

  •      Cair
Cuba korang kata "L, awak sayang saya tak?" diam kejap. Then kalau dia diam, sambung dengan ayat ni . "Bukan apalah, saya cuma nak cakap kalau L sayang saya, saya pun sayang L." Kalau boleh kenyit mata bagi cewwittt gitu.

  •      Marah
Ha yang ni cuba kata "L, saya minat awak." diam la kejap bagi suasana sweet. Dalam 5 6 saat perati tengok muka dia, merah ke tidok? Kalau merah sambung cakap "tapi saya sayang Mira lagi."

  •      Sedih
"L.. tolong lah saya. Lailitha sakit." Dan waktu tu berdoa lah agar dia tanya 'Lailitha tu sapa' dan dia tanya "Lailitha tu sapa?" jawab lah korang "kucing saya". Menangis lah gadis bernama L itu.

Monday, 19 September 2016

Penat!


Salam .

Hari ni aku baru tau mcm mana nk download game dlm pc . ha ha ! Serious . Sebab selama ni klu bukan laptop aku akan bukak youtube je . Ha ha . Lambatnya up to date aku nih . *menangis seorang diri*  
 
Jadi disebabkan dah 'pandai' aku download satu game nih . Nama dy ALPHART AIRBORNE 8 . Aku download game ni hanya . Hanya . Aku ulang sekali lagi HANYA . Hanya disebabkan KERETA . Ha ha .

Ok . Aku dh bersemangat tahap lapar DAN ! Seminit berlalu . Dua minit juga turut berlalu . Lima minit juga telah meninggalkan aku . Apa nih ! Daripada tadi lagi aku tunggu tak boleh boleh. Aku download tadi jam 6:17 pm . Sekarang dah 8:00 pm . Ha ha . *menangis*
 
Apa yang patut aku buat ?

Sunday, 28 August 2016

Hari ni ..

  Salam . Hari ni tak pegi sekolah . Bukan sebab demam . Bukan juga sebab mahu memonteng yer . Cuma hari ni aku ada appointment dengan doctor . Waktu pergi tu molek dah . Tang nak balik rumah tu susah siked . Masa tulah perut meragam buat hal . Ye lah waktu pukul 1.35 p.m . Bayangkan dari pagi sampai 1.35 p.m. tak makan . Puasa lain cerita .
 
  Sedhihh

  Jadi esok kena siap telinga untuk mendengar ceramah dari kelas , cikgu mp , dan kawan baik aku Izzatul . Bernanah la esok akuu . Tulah bahana budak nerd yang tak pernah ponteng sekolah tetiba hilang . Hahahaha . Nerd dari maksud aku ialah seseorang yang jenis mengikut arahan atau disiplin . Ye lah . Aku lah tu . Huhu .. Aku mengaku . Haha .. Tapi budak nerd lah bagus kan ?
*buat muka comey*

Thursday, 21 July 2016

Raya!!! (emm..)

     Raya pertama.
Ya. Raya pertama aku bangun awal seawal awalnya. Puukul 4 sebab tak boleh tido. Duduk makan keropok dengan air milo sambil tengok Decendent Of The Sun sambil terbuntang mata tengok Song Joong Ki sambil lap hingus sebab demam. (banyak ngat aih sambil tu)
 
Ya. Pukul 6 aku mandi. 31 minit 59 saat aku habis mandi. (tengok jam adik yang digital satt. hahaha). 6.45 baru aku kejut ibu yang sedang lena diulit mimpi. Dia bangun terus masuk bilik air untuk mandi. Aku turun bawah nak 'khatam'kan Decendent Of The Sun episode akhir.
 
Habis pukul 7. Ya pukul 7. Emm.. 39 minit 12 saat. Takk habis lagi sebenarnya cite tuh.. yelah kan.. kenapa drama (sesuai ke panggil drama?) kejap sangat. terus aku kejut ayah yang juga masih tidur.
 
Dalam pukul 8 kot baru kami gerak balik kampung. Tapi ayah gerak dulu sebab dia sembahyang raya dekat kampung kuala ketil dan aku ibu kakak adik sembahyang raya dekat kampung kuala merah.
 
Kenapa lain? Ya. Soalan itu sering ditanya. Ok gini ceritanya. Ayah sembahyang raya kat kampung kuala ketil sebab tu kampung dia dan yang lain lain ikut ibu sembahyang raya dekat kampung ibu. Ok? Tapi lepas je sembahyang raya kita orang satu family beraya dekat kampung ibu. Ambil masa 40 minit je sebab ibu aku 'bekas racer' . Laju jangan dibuat main oo.. sampaikan ayah aku yang gerak dulu 10 minit lebih awal pun tak sampai lagi. (kali ni tak de saat sebab adik tak pakai jam. hahaha)
 
Raya kali ni tak tahu lah best ke tidak. Sebab ibu asyik moodie je bila anak pak long datang. Kata makcik aku yang dipanggil Bik Rudi (keluarga belah mak aku orang jawa. Kiranya aku ni mixed la kan? hahahaha.) yang diorang tak nak datang kampung tapi kene paksa oleh paklong. Abaikan je lah diorang tu.  Malas pulak nak cerita kenapa.
 
Dekat rumah aku habiskan masa dengan laptop. And my mom be like.. Alia! Orang raya hang sibuk main laptop. Hahaha.. jadi takut kene leter lagi aku tolong ibu buat mi kari untuk rumah terbuka esok. Hmm. Lepastu sambung main laptop sampai tido.
 
     Raya kedua.
Gila penat. Dari jam 11 pagi dah ada orang mai. Ha. Yang mai tu ialah idol aku, Abang Amir. Dia main bowling peringkat sukma (Sukan Malaysia) mewakili Kedah. Balik ja idol aku tu, datanglah saudara belah ayah. Saudara belah ibu tak ramai yang datang sebab ada kenduri.
 
     Raya ketiga.
Ya. Semalam (raya kedua) dah janji ngan idol nak main bowling. Jadi aku dengan gembiranya bersiap untuk bermain. Bola, kasut, guide tangan, stoking, sapu tangan, air, kain lap bola, ebonite semua diperiksa kembali. Pukul 8 malam baru nak gerak tapi bermula 8 pagi dah check semua tu. Tu tak pe lagi, dahla setiap jam akan aku check semula. Ahh gila bowling teruk juga aku ni. Main punya main dah pukul 12. Sempat la jugak tengok dia main. Tak pa. Esok nak pi beraya kat rumah Nad pulak. Hahaha.
 
 
Ha! Macam mana raya korang? Seronok?  
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 7 July 2016

Selamat Harii Rayaaa

Selamat Harii Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Dan Batin. Hmm. Aku susun 10 jari memohon maaf kepada kekawan yang kenal aku *senyum comeyy* .

Minggu ni cuti sekolah. SEMINGGU! Tetiba rindu pulakk kat sekolah 'kesayangan' . Isnin ni baru jumpa balik. The Wannababes! Miss you guys!! Kerja sekolah pulak .. hmm tak payah cerita la nohh. Hehhee.. *terperuk penjuru bilik*

Ok. Serious aku nak mohon maaf kat Nad, Maisara, Farhana, Wana, Fir, Echah, Ainin, Amyra, Aimi Shahira, Aimi Halisa, Anis, Yusnina, Fatiah, Izzatul, Fatihah, Adelle, Ain, Sin Yen .. ishh qamai ngat aihh! Okok .. aku nak mohon maap sebab peqangai aku yang gila kat sekolah, suka gelak, gegila. *sengih* Nak buat geno en? Dah peqangai aku.

Hm.. budak laki.. tak kowwttt. Sebab aku tak pernah cakap dengan budak lelaki pun. Oh ya.. Ilyas. Hm.. Sorry la kalau teqasa nohh aku jeling hang haqitu. *mengekek*

Ha! Baju raya korang warna apa? Tudung? Kasut? Beg? Baju raya aku warna biru. Tudung warna purple nak biru cecikit. Kasut warna hitam. Beg warna Koko. (semua nk cerita. hehe)

bubyeee! Syg korangg! Muahh ciked!    (nilah perangai sebenar aku) ok bubyee!

Sunday, 5 June 2016

Nama timangan?

   
 Ok, benda yang paling aku suka tak suka ialah nama timangan. Sebab? Aku peminat setia Korean atau senangkata kpop. Nanti habis semua nama timangan ku nama korea. HAHAHA! Kim lah.. SongYi lah.. hadoiiii. Kumpulan apa yang aku minat? VIXX! All mind her mind! HAHAHA!

 Terlalu minat sesangat sangat sangat. Dalam handphone aku ada seribu+++ gambar whatsapp penuh gambar VIXX sahaja! Urghh! Serious? Memang serious! Nak satu gambar? Ok. Tapi satu jer la. HAHAH!
 

JungTaekWoon. *leo*
dia ni pendiam tahap apa pun tatau.
 


LeeHongBin *hongbin*
kuat ketawa arh dia ni!
comeyyyy jer tengok.
geram pulak tetiba. HAHA.. 

 
 
Dua. HEHE. Sebab dua manusia tu aku minat gegilerrrr. Leo tu boleh dikira sebagai co-pilot sebab dia no. 2 paling tua selepas N. Hongbin pun sama cuma dia maknae atau perkataan yang lebih difahami ialah 'muda'. Ok, terserlah aku tahu pasal diorang.
 

Ok ni video vixx yang paling paling paling aku suka.  https://youtu.be/YjdJdo97jbc
Yang pakai baju hitam rambut koko sikit tu : N
baju hitam belang putih uh : Leo
pakai baju putih : Ken
yang baju merah tu : Ravi
baju tertulis 31 kat belakang macam Running Man tu : Hongbin
ha! yang nyanyi waktu minit ke 1:41 tu maknae VIXX : hyuk

Mana yang comel bagi korang? Bias? Comment mehh! Haha! jangan cilok LeoBin eh? *penuh mengharap*.